Adakah Memakai Taweez Syirik? (Shaykh Hisham Kabbani)

Adakah Memakai Taweez Syirik?

Oleh: Mawlana Shaykh Hisham Kabbani

Skrip Asal: ASFA As-Sunnah Foundation of America

http://sunnah.org/wp/2011/05/21/is-wearing-taweez-shirk/

Soalan: Adakah memakai taweez (ruqyah atau azimat) syirik?

Kenyataan daripada Salafi-Wahabi seperti Shaykh Omar Bakri Mohammed & lainnya seperti Bilal Philips, Ibn Baz, dan Al-Albani:

Barangsiapa yang memakai pelindung atau dikenali sebagai taweez yang mengandungi gambar-gambar, nombor-nombor, tanda-tanda, karakter-karakter atau perkataan-perkataan pelik yang tidak ada makna, atau walaupun dengan menulis sebahagian ayat-ayat Al-Qur’an di atas sehelai kertas dan memakainya di leher semua ini adalah makna dan bentuk-bentuk kesyirikan.

Jawapan: Mari kita lihat dalil-dalil daripada Al-Quran, hadith dan ulamak-ulamak yang dihormati.

Allah (swt) berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Ia telah berkata bahawa sesiapa yang tidak mencari penawar melalui Al-Qur’an, Allah (swt) tidak akan menyembuhkannya. Bagaimanapun para ulamak mentafsirkan ayat ini dengan dua cara:

Pertama, adalah penyembuh bagi hati-hati, dengan menghilangkan kejahilan dan keraguan yang menutupi kefahaman akan mukjizat dan perkara-perkara dituju kepada Allah (swt);

Kedua, penawarnya itu adalah untuk penyakit luaran, melalui penggunaan rawatan ayat-ayat (ruqyah) dan perlindungan.

Qurtubi kemudian menyenaraikan cara-cara untuk membuat sesuatu ruqyah dipanggil sebagai nushra: pelbagai ayat dibacakan ke atas sebuah bekas yang bersih yang kemudiannya diisi dengan air; air tersebut kemudiannya digunakan untuk berwuduk, dan juga sesiapa yang menggosokkan air tersebut di atas kepalanya dan anggota badannya tetapi bukan untuk ghusl atau istinja’; ia mungkin akan mengkhayalkan; kemudian dia solat dua rakaat sebagai penutup untuk meminta kesembuhan, dan dilakukan hal tersebut berterusan untuk tiga hari. Qurtubi menukilkan kenyataan ‘Abd Al-Barr di mana tegahan Rasulullah (saw) mengenai nushra ialah yang mengandungi percanggahan dengan Al-Qur’an dan Sunnah, bukanlah yang telah tetap mengenainya.

Qurtubi meneruskan: “Rasulullah (saw) bersabda: Rawatlah untuk ummatku dengan tiga surah daripada Kitab Allah, mulut yang penuh dengan madu, atau berbekam.” Beliau juga berkata: Ruqyah dibenarkan selagi tiada ciri-ciri kesyirikan; dan jika kamu boleh membantu saudara kamu, bantulah dia.

Malik ibn Anas berkata: Untuk menggantung tulisan-tulisan daripada Nama-Nama Allah (swt) kepada seseorang adalah dibenarkan untuk rawatan dan keberkatan tetapi bukan untuk perlindungan daripada mata jahat (rujuk Abu Hayyan, Tafsir Al-Bahr Al-Muhit 6:74). ‘Abd Allah ibn ‘Amr sering menggunakan untuk menggantung selawat pelindung yang diajarkan oleh Rasulullah (saw) pada leher anak kecilnya. (Abu Dawud dan Tirmizi-hasan)

‘A’isha telah berkata: “Sesiapa yang telah memakai selepas turunnya bencana bukanlah ia satu azimat (laysa min al-tama’im).”…

Sebagai untuk memohon kesembuhan (istishfa’) dengan Al-Quran samada memakai pada seseorang atau tidak maka itu bukanlah kesyirikan: Rasulullah (saw) bersabda: “Barangsiapa yang menggantung sesuatu (ke atas diri sendiri), dia menjadikan dirinya dilindungi.” Oleh itu, barangsiapa yang menggantung Al-Quran secara pasti ia berada di bawah perlindungan Allah (swt), dan Dia tidak akan membiarkannya terlepas kepada selain dari-Nya. Memakai ruqyah diterima oleh: Ibn Al-Musayyib, Ad-Dahhak, Ja’far As-Sadiq, dan Ibn Sirin.

Kita bertanya, “Macam mana dia boleh terlepas keterangan Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’sharh Al-Muhadhdhab?”: Seseorang boleh mengemukakan sebagai bukti untuk membolehkan mereka memakai (azimat, taweez) yang mengandungi ayat-ayat pelindung dan penyembuh (ruqya, hijab) daripada hadith ‘Amr ibn Shu’ayb, daripada ayahnya, daripada datuknya (‘Amr ibn Al-‘As), bahawa Rasulullah (saw) seringkali mengajar mereka di saat-saat situasi yang cemas dengan ayat:

A’udhu bi kalimatillah al-tammat min ghadabihi wa sharri ‘ibadihi wa min hamazat al-shayatina wa an yahdurun

Aku berlindung kepada Allah dengan kalimah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada bisikan-bisikan penghasut syaitan, dan supaya jangan ia mendekati.

‘Abd Allah ibn ‘Amr (Riwayat ‘Abd Allah ibn ‘Amr dalam Tirmizi dan Abu Dawud) seringkali mengajarkan ayat-ayat ini kepada anak-anak lelakinya yang telah sampai peringkat mumaiyyiz, dan seringkali menulis dan menggantungkan kepada mereka yang belum sampai peringkat tersebut.

Hadith tersebut diriwayatkan dalam Abu Dawud, Imam Nawawi memasukkannya dalam kitabnya, Adhkar…(#264).

Awf ibn Malik berkata: Kami biasa akan menggunakan ruqyah pada zaman Jahiliyya, maka kami berkata: “Wahai Utusan Allah, apakah katamu mengenai ini?” Baginda bersabda: “Tunjukkan kepadaku ayat pelindung itu (a’ridu ‘alayya ruqakum), tiada keburukan pada ruqyah selagimana tidak mengandungi syirik.” (Muslim dan Abu Dawud)

Telah diperakui oleh para sahabat mengenai ‘Abd Allah ibn ‘Amr yang sering mengenakan pemakaian taweez kepada anak kecilnya dan beliau tidak akan melakukan jika hal itu termasuk kesyirikkan atau menjurus kepada itu. Perkara ini telah disahkan oleh Tabi’in yang mana mereka menerima pemakaian taweez tanpa mengikut keadaan tertentu samada orang dewasa ataupun kanak-kanak sebagaimana Sa’id ibn Al-Musayyib, Al-Dahhak, Ja’far Al-Sadiq, dan Ibn Sirin, dan antara mereka yang selepas zaman Malik ibn Anas, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Qurtubi. Orang yang terkemudian mahupun Imam Nawawi tidak ada bantahan mengenainya, kendatipun para perawi ‘Abd Allah ibn ‘Amr seperti Tirmizi, Nasa’i, Ahmad, dan Abu Dawud.

Yahya meriwayatkan kepadaku daripada Malik bahawa Humayd ibn Qays Al-Makki (rh) berkata, “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah (saw) bersama dua anak Ja’far ibn Abi Talib. Baginda berkata kepada penjaga mereka, ‘Mengapa aku melihat mereka terlalu kurus?’ Penjaga mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah (saw), mata jahat telah melalui pantas kepada mereka. Tiada yang dapat menghentikan kami daripada meminta untuk membuat tangkal azimat (menggunakan ayat Al-Quran) untuk mereka, kecuali kami mengetahui bahawa perkara itu dipersetujui oleh mu,’ Rasulullah (saw) berkata buatlah tangkal azimat untuk mereka. Jika tiada apa yang mendahului hal itu, maka mata jahat akan mendahuluinya.” (Muwatta’-Imam Malik)

Yahya meriwayatkan kepadaku daripada Malik daripada Yahya ibn Said daripada Sulayman ibn Yasar bahawa ‘Urwah ibn Az-Zubayr (ra) mengkhabarkan padanya bahawa Rasulullah (saw) telah masuk ke rumah Umm Salama, merupakan isteri Rasulullah saw (saw). Terdapat seorang anak kecil menangis-nangis di dalam rumah tersebut, dan mereka memberitahu bahawa itu disebabkan oleh mata jahat. ‘Urwa berkata, Rasulullah (saw) berkata, ‘Mengapa tidak engkau carikan pembuat tangkal azimat untuk melindunginya daripada mata jahat?'” (Muwatta’-Imam Malik)

Apabila Mesir ditawan oleh Muslimin, terdapat satu tradisi untuk melempar gadis ke dalam Sungai Nil setiap malam ke-11 pada satu bulan-bulan bukan bulan orang  Arab supaya Sungai Nil akan terus mengalir. Telah menjadi kepercayaan jika tidak melemparkan gadis ke dalam Sungai Nil, Sungai Nil tidak akan mengalir. Amr ibn al-‘As menulis kepada Khalifah ‘Umar akan kebimbangan terhadap tradisi ini. ‘Umar telah memberi surat kepada Sungai Nil dengan berkata: “Jika sebelum ini kamu mengalir kerana kekuatanmu sendiri, maka kami tidak mahu kamu mengalir; dan jika Allah yang telah menyebabkan dikau mengalir, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Agung untuk menjadikan dikau mengalir.” ‘Amr ibn al-‘As melemparkan surat daripada ‘Umar ke dalam Sungai Nil satu hari sebelum hari peringatan penyaliban oleh umat Kristian. Mereka bangun keesokan paginya dan mendapati sungai tersebut mengalir dengan deras dan telah mencapai sehingga 48 kaki pada satu malam. (Ibn Hajar, dalam kitab Sawa’iq). Sebuah taweez yang besar bertulis dengan dakwat hitam di atas sehelai kain, dijadikan tontonan dalam muzium bersambung dengan Masjid Badshahi di Lahore. Ditulis oleh tiada lain selain Ameer Al-Mukmineen Sayyidina ‘Ali (ra).

Seorang ulamak feqah mazhab Hanafi, Ibn Abidin menyatakan:

“Menggunakan taweez menjadi tidak dibenarkan sekiranya ditulis dengan selain bahasa Arab dan dengan maknanya yang tidak diketahui. Itu mungkin mengandungi ilmu hitam, kekufuran atau seruan-seruan yang dilarang. Walaubagaimanapun, jika ia mengandungi ayat-ayat Al-Quran atau doa-doa yang telah tetap, maka tiadalah salah untuk menggunakannya (Radd al-Muhtar)

Imam ibn Taymiyya (rh) menulis dalam kitabnya Fatawa:

“Adalah dibenarkan untuk orang yang sakit dan orang yang dalam masalah, untuk menulis sebahagian ayat-ayat daripada Al-Quran menggunakan dakwat asli, kemudian ianya dibasuh dan diberi minum kepada orang sakit.” Ibn ‘Abbas (rh) meriwayatkan beberapa doa yang perlu ditulis dan diletak berhampiran dengan wanita yang menghadapi kesulitan untuk bersalin di waktu untuk melahirkan anak.

Selawat dan Salam dipanjatkan kepada Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabatnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s