Apabila Bumi Bergegar! (Shaykh Hisham Kabbani)

Apabila Bumi Bergegar!

Oleh Mawlana Shaykh Hisham Al-Kabbani

Transkrip Asal: Sufilive

 http://sufilive.com/When-the-Earth-Shakes–6242.html

16 Julai 2016   Fenton Zawiya, Michigan

Suhbah Zuhur

Bismillahi ‘r-Rahmani ‘r-Raheem. Alhamdulillahi Rabbi ‘l-`Alameen wa ’s-salaatu wa ’s-salaamu `alaa ashrafi ‘l-mursaleena Sayyidina wa Nabiyyina Muhammadin wa `alaa aalihi wa sahbihi ajma`een.

Salaam `alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh, yaa `ibaadullah itaqoollaha feemaa amar wa antahoo `amma nahaa `anhu wa zajjar w`alamoo  anna ayyaaman qaleelatan qaadimah `alayna wa `ala ‘l-muslimeen, insha’Allah narju’Llah an takoona khayran lana.

Kita berharap bahawa hari-hari yang mendatang lebih baik dari yang telah lepas, tetapi kita tidak jangkakan itu. Kita berharap akan ada satu pembuka untuk dunia berada dalam keadaan aman damai. Tetapi Allah (swt) telah berfirman dalam Kitab Suci Al-Qur’an:

اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. (Surah Al-Qamar, 54:1)

Apabila Nabi (saw) menyebabkan terbelahnya bulan, yang di mana itu sebuah keajaiban (mukjizat), Allah (swt) berfirman, “Masa itu telah tiba,” dan manusia akan berkata bahawa itu adalah Ahadith yang lemah, tetapi tidak; hadith-hadith itu terdapat dalam Bukhari dan Muslim adalah Sahih, terutamanya sebuah hadith yang terkenal daripada Sayyidina Umar dalam Bukhari dan Muslim di mana Jibril (as) telah datang kepada Nabi (saw) dan bertanyakan soalan kepada baginda (saw) di hadapan para Sahabat (ra), “Apakah itu Islam?” dan Nabi (saw) telah menjawab dengan memberi Lima Rukun Islam, sebuah permulaan dan asas agama Islam, dan kemudian dia (Jibril) bertanya kepada baginda (saw) tentang Iman, dan Nabi (saw) menjawab dengan memberi Enam Rukun Iman, sebuah permulaan (asas) kepada Akidah dan Tauhid, dan kepercayaan kepada Ghaib, kemudian dia (Jibril) bertanya kepada baginda (saw) tentang Ihsan, kesempurnaan, kemuliaan akhlak dan perbuatan.

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ, لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ, حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم, فأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ, وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ, وَ قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ. فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْئَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِيْمَانِ, قَالَ : أَنْ بِاللهِ, وَمَلاَئِكَتِهِ, وَكُتُبِهِ, وَرُسُلِهِ, وَالْيَوْمِ الآخِرِ, وَ تُؤْمِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَ شَرِّهِ. قَالَ : صَدَقْتَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِحْسَانِ, قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ : مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ : فَأَخْبِرْنِيْ عَنْ أَمَارَاتِهَا, قَالَ : أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا, وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِيْ الْبُنْيَانِ, ثم اَنْطَلَقَ, فَلَبِثْتُ مَلِيًّا, ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرُ, أَتَدْرِيْ مَنِ السَّائِل؟ قُلْتُ : اللهُ وَ رَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ : فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Umar bin Khaththab Radhiyallahu anhu berkata :
Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. dia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian dia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,” maka kami hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhirat, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” dia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Jikalau engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bilakah terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang berkaki ayam, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab,”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.”

[HR Muslim, no. 8]

Apabila kamu telah selesai dengan Lima Rukun, kamu akan mendapat berkat daripada Allah (swt) dan akan diterangi di dunia dan Akhirat apabila kamu melakukannya kamu mesti membetulkan Akidah dan kamu mengetahui untuk apa kamu beribadah, ego kamu atau sesuatu yang lain? Ya, kita mesti menunaikan solat kepada Allah (swt), dan itulah mengapa kita perlu untuk membetulkan Akidah kita dan memahaminya secara keseluruhan. Iman ialah dengan mempercayai perkara-perkara ghaib, dan Allah (swt) Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib, tersembunyi dan Laa ya`alam al-ghayb illa-Llah, tiada siapa mengetahui perkara ghaib kecuali Allah (swt). Allah (swt) mengetahui perkara-perkara ghaib (al-Ghayb) kerana Dialah yang menciptakan perkara ghaib dan memberikan kepada Nabi (saw) apa sahaja yang Dia ingin Nabi (swt) mengetahuinya, tetapi masih terdapat perkara ghaib yang tinggal dan Allah (swt) sahaja yang mengetahuinya, tiada satu pun yang dapat sampai kepada Pengetahuan-Nya. Allah (swt) ialah Maha Mencipta dan Maha Mengetahui segalanya yang telah dicipta. Kita perlu membetulkan Akidah kita dengan mengucapkan, “Ash-hadu an laa ilaaha illa-Llah wa ash-hadu anna Muhammadan Rasoolullah.” seterusnya dia berkata, “Setelah kamu menyempurnakan Lima Rukun dan Akidah, kamu perlu menyempurnakan akhlak dan perlakuan kamu,” sebagaimana yang disabdakan Nabi (saw):

‏انما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق

Tidaklah aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak (tingkah laku dan karakter). (Bazzaar)

Adalah sesuatu yang sukar untuk sempurna. Kamu boleh solat dan mengucapkan Shahadah dan mempunyai akhlak yang buruk, dan kamu boleh membayar zakat dan mempunyai akhlak yang buruk, dan kamu boleh berpuasa dan mempunyai akhlak yang buruk, dan kamu boleh mengerjakan haji dan mempunyai akhlak yang buruk. Jadi kita mesti berusaha melawan akhlak buruk ini untuk meningkatkan kita kepada tahap itu, Maqaam al-Ihsan, dalam diri kita sendiri. Manusia, termasuk saya dan kamu, adalah liar. Islam datang untuk menjinakkan kita, bukan untuk menjadi liar. Nabi (saw) menyebutkan bahawa kita mesti menyempurnakan akhlak kita dengan mengikuti ajarannya-ajarannya (sunnah), seruan agama Islam, tetapi apa yang kita lihat sekarang adalah pembunuhan di mana-mana.

Allah (swt) berfirman dalam Kitab Suci Al-Qur’an:

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَاوَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَايَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.

Apabila Bumi akan melakukan gegaran yang dasyat. Hari ini kita berada dalam Tanda-tanda Akhir Zaman, iaitu Bumi bergegar dengan kuat di kebanyakan tempat-tempat dan kita semua manusia saling mengatakan, “Maa lahaa, apa sudah terjadi?” Kita tidur di atas sesuatu, terjaga kepada sesuatu yang baru secara keseluruhan dan kembali tidur di atas sesuatu. Sesuatu yang tidak dijangka berlaku dengan sangat pantas.

Nabi (saw) telah menyebutnya sejak 1400 tahun yang lalu dalam sebuah Hadith yang apabila Jibril (as) bertanyakan kepada Nabi (saw) mengenai Maqaam al-Islam, al-Iman, Ihsan, yang mana telah kita bincangkan, dan dia bertanyakan kepada Nabi (saw) mengenai Hari Pembalasan. Nabi (saw) menjawab, “Saya bukanlah orang yang lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya.” Dan dia berkata, “Allah (swt) telah memberikan saya tanda-tandanya,” dan dia menyebutkan akan Tanda-tanda Akhir Zaman (lihat hadith penuh, muka surat 2). Tiada seorang pun yang mengatakan hadith ini lemah, ini disebutkan dalam Bukhari dan Muslim dan banyak lagi Sihah yang lain, begitu juga hadith Nabi (saw), “Kamu akan melihat orang yang berbogel, Badwi yang berkaki ayam berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi.”

وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان

Kamu akan melihat orang yang berkaki ayam, berbogel, kaum Badwi pengembala kambing yang berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi. (Bukhari)

Sekarang semua orang sedang melihat bangunan yang tinggi-tinggi ini secara fizikal dan rohani, tetapi 100 tahun semua orang masih terbayang-bayang akan makna hadith ini! Jadi segalanya dalam Al-Quran dan Hadith adalah sempurna dan telah ditetapkan untuk memberitahu kepada kita akan apa yang terjadi, dan ini adalah sebuah zalzalah yang telah terjadi kemarin, ini bukanlah sesuatu yang mudah, dan gerakan besar ini telah berlaku di Timur Tengah dan terutama sekali di Turki akan terjadi sebuah pembunuhan yang besar dan pertumpahan darah yang akan mengambil nyawa semua orang kecuali jika innayatullah, Penjagaan Allah telah berakhir di Turki. Akan terdapat hari-hari yang mendatang menjadi lebih sukar dan sukar, dan tanggungjawab kita adalah untuk menjadi lebih baik dan lebih baik, untuk sentiasa peka dan sentiasa memeriksa solat-solat dan puasa kita dan zakat juga kepercayaan, untuk sentiasa menjamin kita di tempat yang selamat.

Nabi (saw) telah bersabda:

عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّ بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا ، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا ، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ ، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي ، فَكَسِّرُوا قِسِيَّكُمْ وَقَطِّعُوا أَوْتَارَكُمْ وَاضْرِبُوا سُيُوفَكُمْ بِالْحِجَارَةِ ، فَإِنْ دُخِلَ يَعْنِي عَلَى أَحَدٍ مِنْكُمْ فَلْيَكُنْ كَخَيْرِ ابْنَيْ آدَمَ “ 

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari, ia berkata: Rasulullah (saw) bersabda: “Menjelang datangnya hari kiamat akan muncul fitnah seperti malam yang gelap gulita, seorang lelaki beriman di pagi hari kemudian kafir di petang hari, petang hari beriman kemudian kafir pada pagi hari. Pada waktu itu orang yang duduk lebih baik dari orang yang berdiri, dan orang yang berjalan lebih baik dari orang yang berlari (jalan cepat). Patahkanlah anak panah kalian dan potonglah tali busur kalian, serta tancapkanlah pedang kalian di batu-batuan. Jika ada seseorang yang masuk pada salah seorang dari kalian (untuk membunuh), maka berlakulah seperti berbaik-baik dari kedua anak adam (Qabil dan Habil).” (Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

MENGENAI CUBAAN RAMPASAN KUASA DI TURKI

Terjadi pada satu malam yang gelap di turki semalam; kita tidak berkata siapakah yang benar dan salah, tetapi dalam satu masa itu merupakan saat akan berlaku sebuah peperangan yang besar dan innaayatullah, Penjagaan Allah, menghentikannya. Awliyaullah bekerja keras, berdoa supaya terhindarnya pertumpahan darah, dan mereka menghindarkannya dengan izin Allah (swt). Seolah-olah akan terjadinya sebuah drama yang besar, tetapi itu dapat dihindarkan. Jadi kita hendaklah berjaga-jaga mulai hari ini dan masa kehadapan sebagaimana ini adalah sebuah tanda gempa bumi yang besar, bukanlah gempa bumi secara fizikal yang memusnahkan bangunan-bangunan, tetapi itu boleh berakhir dengan terjadinya perkara seperti itu. Maka ini adalah sebuah tanda seperti mana yang telah Allah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran dan seperti mana yang telah Nabi (saw) bersabda dalam hadith akan berlaku, maka menyakiti antara satu sama lain, dan berhentilah mengumpat dan menyakiti antara satu sama lain, dan berhentilah melakukan perkara-perkara yang salah kerana jika terlepas dari genggaman maka tiada seorang pun dapat menghentikannya sejurus akan berada pada Tangan Allah. Allah (swt) ada pembalasan dan Dia boleh menghukum semua orang dan Dia boleh membuat pembalasan daripada semua orang jika kita tidak mengikuti Shari’ah-Nya!

Kerana itulah Nabi (saw) bersabda, “Tidak akan tinggal satu pun daripada Islam kecuali namanya,” kerana dengan (menggunakan) nama Islam semua orang melakukan sesuatu yang bercanggah antara satu sama lain.

يوشك أن يأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا يبقى من القرآن إلا رسمه ، مساجدهم عامرة وهي خراب من الهدى ، علماؤهم شر من تحت أديم السماء ، من عندهم تخرج الفتنة ، وفيهم تعود

Akan ada satu masa di mana tidak tinggal satu pun Islam pada seseorang itu melainkan namanya, tidak ada satu pun yang tertinggal daripada Al-Quran kecuali tulisan-tulisannya, masjid-masjid dibina tetapi kosong daripada penjagaan, ulamak-ulamak mereka adalah yang terburuk daripada bawah langit, dan huru-hara akan keluar daripada mereka dan kembali kepada mereka. (Bayhaqi)

Sekarang ini semua orang menyatakan Islam berdasarkan apa yang mereka faham dan satu-satunya kesimpulan adalah jatuh kepada kekeliruan. Maka Nabi (saw) bersabda (berdasarkan hadith di atas) kita hanya mengambil daripada Islam dari segi fizikalnya, tidak mengambil apa-apa kecuali huruf-huruf dan perkataan-perkataan, kita tidak memahami makna-maknanya. Jadi ini seperti hasil seni reka, yang tertulis “Islam” dalam bermacam-macam cara yang berbeza, tetapi konteks tiada lagi di situ dan tiada siapa lagi yang mengamalkan Islam, semua orang mengikut diri mereka sendiri, setiap orang berjuang untuk ego(kehendak) mereka dan kelebihan kuasa, inginkan kerusi(pangkat), setiap orang telah di’gam'(melekat) pada kerusi(pangkat).

Apabila Sayyidina ‘Umar (ra) dilantik menjadi khalifah, beliau menangis kerana beliau tidak inginkannya, dan isteri beliau berkata, “Yaa Ameer al-Mu’mineen, kenapa kamu menangis selepas Shooraa, Sidang para Muslimin, kamu dilantik menjadi ketua umat Islam? Beliau berkata, “Sekarang saya bertanggungjawab kepada gelandangan, orang yang sakit, orang miskin, orang yang kelaparan, dan aku akan ditanya oleh Allah (swt) pada Hari Pembalasan apa yang aku lakukan, tanggungjawab yang banyak oleh itu aku menangis. Aku kerisauan.”

Hari ini, mereka melakukan sebaliknya, setiap orang sedang bersaing untuk mendapatkan kerusi(pangkat). Tinggalkanlah kerusi itu. Kamu tidak akan hidup terlalu lama; hidup kamu tidak lebih dari satu saat dari rahim ibu kamu kepada 100 tahun secara maksimumnya, di mana bagi Allah (swt) itu tiadalah lebih melainkan satu saat: hidup kamu hanya satu saat! Jika setiap saat kamu tidak melakukan perkara yang menyebabkan Allah (swt) gembira terhadap kamu, kamu akan menghadapi kesulitan di dalam kubur nanti. Kita mohon kepada Allah (swt) supaya menyelamatkan kita daripada azab kubur dan azab siksa apabila roh dicabut dengan cara yang menggerikan. Bagi orang beriman dinyatakan ia keluar seperti rambut dari minyak sapi, tapi jika tidak, ia akan keluar seperti condong rasa tertusuk di setiap bahagian badan, kamu akan merasakan kesakitannya. Jika manusia dapat mendengar mereka akan pengsan serta merta!

Hari-hari ini sedang datang, setiap orang tahu apa yang mereka lakukan itulah mengapa adalah perlu untuk melakukan istighfar, bagi kita tidak perlu untuk agresif, untuk tidak meletakkan manusia dalam keadaan putus asa atau untuk mereka merasakan tidak senang. Maka kamu perlu berasa malu kepada diri kamu sendiri di hadapan Allah (swt) dan di hadapan Nabi-Nya (saw) itulah kamu jangan melihat Islam hanya sebagai sebuah reka bentuk atau hasil seni reka, iaitu tidak akan ada satu pun yang tinggal dalam Islam kecuali namanya, dan tingkah laku kita hanya kekeliruan, dan tiada satu pun yang tinggal pada Al-Quran kecuali hasil seni rekanya, atau kita hanya terpegun dan terkesima apabila melihat kaligrafinya. Itulah yang kita lakukan hari ini, tiada apa yang dipelajari dari Al-Quran kecuali kaligrafinya. Mereka ada kaligrafi yang besar dan seluruh dunia manusia melakukan kaligrafi Al-Quran dalam huruf-huruf Cina, dalam huruf-huruf Bengali, dalam huruf-huruf Sri Lanka, dalam Inggeris, Perancis, Jerman mereka melakarkan ayat-ayat Al-Quran. Itu sahaja yang mereka tahu, tidak lebih daripada itu.

Kita bercakap di sini pada hari ini untuk mengatakan bahawa semalam merupakan malam gelap yang besar yang berlaku di Timur Tengah, jika Allah (swt) tidak menghentikannya, perkara itu akan berterusan meningkat sehingga terjadinya pertumpahan darah yang besar, dan itu merupakan salah satu tanda besar yang akan terjadi:

عن أبي هريرة:أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقوم الساعة حتى تقتتل فئتان عظيمتان، يكون بينهما مقتلة عظيمة، دعوتهما واحدة

 Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahawa beliau mendengar bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Hari Kiamat tidak akan muncul sehingga adanya dua kumpulan besar berperang antara satu sama lain dalam sebuah perang yang amat besar (dan) tujuan mereka adalah satu.” (Bukhari)

Hadith ini terdapat dalam Sahih Bukhari, jadi bolehkah mereka mengatakan hadith ini lemah? Semoga Allah (swt) menyelamatkan kita semua umat manusia daripada pertumpahan darah yang bakal terjadi. Terdapat banyak Ahadith mengenai Tanda-tanda Akhir Zaman yang mana lambat laun akan berlaku dan Awliyaullah dan banyak ‘ulama telah menerangkannya, yang mana kamu boleh menjumpainya dalam Sahih Bukhari dan himpunan-himpunan yang lainnya. Terdapat banyak dalil mengenai Tanda-tanda Akhir Zaman dalam peristiwa semasa ini. Semoga Allah (swt) memberkati kita dan meletakkan kita pada Siraat al-Mustaqeem, dan tidak untuk campur tangan, sepertimana sabda Nabi (saw) dalam sebuah hadith panjang yang telah kita nukilkan, “Orang yang duduk pada waktu itu adalah lebih baik daripada orang yang berdiri dan orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.” Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan pada hari kebelakangan ini yang terjadinya gempa bumi besar-besaran. Semoga Allah (swt) menjauhkan kita daripada terjebak dan mengampuni kita dan mengampuni dua bahagian umat Nabi (saw): Ummat ad-Da’wa dan Ummat al-Ijaaba, mereka yang menerima Seruan dan Tauhid, Ash-hadu an laa ilaaha illa-Llah wa ash-hadu anna Muhammadan Rasoolullah; dan Ummat ad-Da’wa, mereka yang tidak menerima shahaadah, tetapi Inshaa-Allah akan menerimanya sebelum mati.

اللهم اني قد بلغت فاشهد. اللهم اني قد بلغت فاشهد. اللهم اني قد بلغت فاشهد

Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah menyampaikan Seruan maka jadilah saksiku! Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah menyampaikan Seruan maka jadilah saksiku! Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah menyampaikan Seruan maka jadilah saksiku! 

(Khutbah Selamat Tinggal: Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah (swt) menjadi saksiku bahawa saya telah menyampaikan Seruan yang telah mereka sampaikan kepadaku, dan untuk bersiap sedia duduk jauh daripada masalah-masalah dan untuk tidak terlibat kepada mana-mana, untuk menyibukkan diri dengan Al-Quran dan dengan Awraad juga solat-solat kita. Jangan tertinggal solat fardhu lima waktu, solatlah di awal waktu, dan pastikan kamu terbiasa dengan awal waktu, dan berbuat baik kepada semua orang di sekeliling mu dan mendoakan kebaikan untuk kehidupan mereka, keluarga kita, anak-anak kita, rakan-rakan kita, saudara dan saudari dan isteri-isteri. Semoga Allah (swt) memberkati mereka semua dengan apa yang merek sukai, inshaa-Allah.

As-salaamu `alaykum wa rahmatullahi wa barakaatuh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s