Kita Hendaklah Bersatu (Shaykh Hisham Kabbani)

Kita Hendaklah Bersatu

Oleh: Mawlana Shaykh Hisham Kabbani

12 September 2016

Feltham, London, Uk

Transkrip Asal: Sufilive

http://sufilive.com/We-Must-Be-United-6259.html

A`oodhu billahi min ash-Shaytani ‘r-rajeem. Bismillahi ‘r-Rahmani ‘r-Raheem. Alhamdulillahi Rabbi ‘l-`Alameen, wa ’s-salaatu wa ’s-salaamu `alaa ashrafi ‘l-mursaleena Sayyidina wa Nabiyyina Muhammadin wa `alaa aalihi wa sahbihi ajma`een.

Kita bersyukur kepada Allah (swt) kerana Dia telah mengumpulkan kita bersama-sama di dunia dan inshaa-Allah di Akhirat di bawah sayap-sayap, jika kita boleh katakan, di bawah rahmat Rasulullah (saw).

Kita tidak mencari apa-apa dalam majlis ini atau mana-mana majlis zikrullah di di dalam sebuah masjid, rumah atau pusat kerana zikrullah, mengingati Allah (swt) dan memuji Sayyidina Muhammad (saw), adalah ibadah. Di negara-negara yang lain, mereka mempunyai tradisi mereka yang tersendiri dalam meluahkan rasa kecintaan mereka kepada Allah (swt), kepada Rasulullah (saw) dan kepada shuyukh secara berbeza. Sebagai sebuah kumpulan di bawah latar belakang Naqshbandi, kita mencari untuk sentiasa bersama-sama, bersatu, dan untuk berada di bawah keberkatan shuyukh kita yang kita kenal.

Alhamdulillah,  Allah (swt) memberikan saya peluang untuk bertemu dengan Grandshyakh ‘AbdAllah Al-Fa’iz Ad-Daghestani (qs), yang mana beliau merupakan sebuah sumber (mata air) ilmu pengetahuan. Tanpa persediaan dia telah memberikan (inspirasi) nasihat, sebagaimana sabda Rasulullah (saw):

الدين نصيحة

Agama itu adalah nasihat

Memberikan nasihat dalam kadar yang diterima oleh Shari’ah. Kita sedang mencari keberkatan mereka apabila kita bersatu kepada Allah (swt) dan kepada Rasulullah (saw). Seperti yang saya telah katakan, saya telah merantau di mana-mana dan saya melihat perbezaan cara-cara memuji dalam pelbagai budaya dan negara yang berbeza-beza. Sebahagian orang memuji dalam bahasa Arab, sebahagian dalam bahasa Urdu, sebahagian dalam bahasa Cina dan Jepun, sebahagian dalam dialek bahasa Arab yang berbeza. Mereka menunjukkan kepujian dan cinta kepada Allah (swt) dan, oleh yang demikian, kita seharusnya tidak mengkritik cara bagaimana mereka meluahkannya. Jika kamu mengatakan kepada mereka ini adalah sesuatu perkara yang salah, mereka melihat kamu seperti … dalam hati-hati mereka, mereka sedang memuji Allah (swt) dan Rasulullah (saw) dengan cara yang terbaik, yang mana diwarisi dari turun-temurun: dalam satu tempat mereka melakukan satu cara ini, di tempat yang lain mereka melakukan dengan cara yang lain.

Rasulullah (saw) bersabda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا مررتم برياض الجنة فارتع. قالو وما رياض الجنة؟ قال “حلق الذكر”

Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: “Apabila kamu melewati Taman-Taman Syurga, pergilah kamu duduk bersama-sama dengan mereka.” Para Sahabat bertanya: “Apakah itu Taman-Taman Syurga, Wahai Rasulullah (saw)?” Baginda menjawab: “Halaqah zikir.” (Tirmizi)

Lingkaran ini, halaq adh-dhikr, berubah dan semua orang berbeza antara satu sama lain. Rasulullah (saw) cuba membawa Ummah bersama-sama, baginda tidak mengkritik sesiapapun, baginda menyokong setiap orang dan sekiranya mereka bertanya kepadanya, “Adakah ini diterima?” baginda akan berkata ya, baginda tidak memalingkan mereka ke belakang kecuali jika perkara itu adalah shirk. Maka kita harus berwaspada, sekiranya terdapat Taman-Taman Syurga di Bumi, zikrullah, kita perlu duduk dan dengar dan menghargainya.

Ini adalah hari-hari ‘Eid, perayaan. Sabda Rasulullah (saw):

عيد الاضحى ايام عيد وفرح

Eid al-Adha adalah hari-hari perayaan dan kegembiraan.

Sebahagian orang tidak mengetahui qawwali. Saya tahu bahawa di Timur Tengah adalah sangat asing bagi mereka untuk mendengar qawwali,  mereka mengetahui cara lain bagi qasaa’id dan anaasheed, sama juga di Afrika Utara, tetapi di benua mereka menyanyikan qasaa’id dan anaasheed menggunakan instrumen-instrumen yang menarik perhatian orang-orang muda yang mana mereka kemudian mengamati dan mendengar musik itu dan akan merasa bersemangat berbanding dengan pergi ke disko dan kelab-kelab malam. Jadi janganlah mengkritik budaya yang kamu tidak mengetahuinya, pertama sekali belajar budaya tersebut barulah mengkritik.

Seperti hari ini, terdapat sebahagian pensyarah di sesetengah negara yang di mana mereka belajar agama dengan cara-cara yang berbeza dengan yang lain, oleh sebab itu, mereka akan menerima hanya sesetengah perkara [yang mana banyak orang Islam lakukan] dan tidak menerima sebahagian yang lain. Tetapi yang lain mengatakan, “Kami menerima ini dan itu, selagi mana hal itu berada dalam lingkungan kadar Shari’ah.” Shuyukh kita, saya ingat ketika mana Grandshaykh pada ketika itu berumur 107 tahun beliau meninggal dunia, beliau sering untuk duduk dan memberikan majlis nasihat kepada seorang budak yang berumur sekitar 12-13 tahun, dan beliau sama sekali tidak berasa putus asa. Beliau selalu memberikan ceramah-ceramah tanpa melakukan persiapan, seperti mata air yang mengalir, dan apa yang saya telah pelajari dalam Haqiqah dan Tariqah, saya melihat ramai ulamak yang tidak mencapai peringkat kefahaman dan kerohanian dalam penerangan Al-Quran dan Hadith sebagaimana beliau telah capai.

Beliau telah membuat ulamak-ulamak pada zamannya terkejut, Di Damaskus, di atas Gunung Qasyoun, di mana ia merupakan tempat As-Haab Al-Kahf di makamkan, rumah beliau berada di puncak gunung itu. Setiap minggu yang pertama, ulamak Ash-Shaam, yang mana mereka sangat terkenal dalam kecerdikan ilmu pengetahuan yang hebat, mereka umpama lautan, seperti di India dan Maghribi, Afrika Utara dan setiap pelusuk dunia. Pada hari Ahad di waktu petang, ulamak yang paling tinggi peringkatnya dari pelbagai negara telah mendaki gunung tersebut, berkumpul di rumah Grandshaykh, dan mendengar suhbahnya.

Beliau berucap tanpa sebarang persiapan. Beliau hanya belajar (membaca) Kitab Suci Al-Qur’an dan Dalaa’il al-Khayraat, dan dalam mana-mana subjek pengajian kamu bertanya pada beliau (pasti beliau mengetahui) dia adalah sebuah mata air bagi Shari’ah. Seringkali beliau inginkan kita untuk bersatu, kerana dalam kesatuan ada kekuatan dan tanpa kesatuan tiada kekuatan. Demi untuk keamanan dan kecintaan, Allah (swt) akan menjadikan kita untuk memegang erat tali-Nya.

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ

Berpegang teguhlah kami pada tali Allah dan jangan berpecah belah. (Surah Aali-Imraan, 3:103)

وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Mereka merancangkan (tipu daya) dan Allah juga merancang ( menggagalkan) tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang merancang (menggagalkan) tipu daya. (Surah Al-Anfal, 8:30)

Dan perancangan Allah (swt) tidak seperti apa yang kamu rancang: Perancangan Allah (swt) pasti berlaku. Tetapi apa yang kita lihat hari ini pergaduhan dan pertumpahan darah, dan Rasulullah (saw) telah menyebutkan dalam banyak Ahadithi mengenai Akhir Zaman dalam banyak sihah (koleksi Hadith) yang mana setiap orang dapat membaca dan mempelajarinya bahawa apa yang kita lihat sedang berlaku sekarang ini. Grandshaykh (qs) telah memberitahu kepada kita bahawa semua tanda-tanda ini akan berlaku di masa hadapan, seperti yang kita lihat hari ini tiada lagi kesatuan. Di setiap rumah abang bergaduh dengan adik lelaki, kakak bergaduh dengan adik perempuan, bapa dan anak-anak bergaduh satu sama lain, ibu dan anak-anak perempuan bergaduh antara satu sama lain, shaykh dan shaykha saling bergaduhan, kanak-kanak bertengkaran. Tidak wujud keamanan dalam setiap hati masing-masing.

Saya tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk meluahkan apa yang sedang terjadi, situasi inilah yang sedang kita hadapi. [Mawlana menangis]. Awliyaullah tidak berasa gembira dengan Ummah ini, kerana mereka tidak bersatu. Mereka perlu bersatu, kita semua, dan berada di bawah satu tangan (yang berkuasa). Seperti yang saya perhati, ianya berada di dalam genggaman tangan Grandshaykh ‘Abdullah, semoga Allah (swt) merahmati rohnya, dan beliau telah menyerahkannya kepada Mawlana Shaykh Nazim (qs), dan beliau menulis dalam wasiatnya bahawa sekiranya Shaykh Nazim tiada, Shaykh Adnan (qs): seandainya Shaykh Adnan (qs) tiada, kemudian Shaykh Hisham (qs). Itu adalah sebuah ramalan bagi kerja mereka di dunia, bahawa mereka akan berada di negara dan tempat yang berbeza-beza: seandainya salah seorang dari mereka berada di tempat itu, dengarlah apa yang mereka katakan.

Perkara ini benar-benar telah terjadi. Saya mengembara bersama Mawlana, beliau menghantarkan saya di mana-mana sahaja dan saya telah pergi, sebagaimana juga yang telah dilakukan oleh Shaykh Adnan (qs). Apabila Mawlana telah wafat, beliau mengarahkan anaknya sebagai wakilnya dan kita menerimanya, kita katakan aamaana wa sadaqnaa, kami dengar dan kami taat. Demi untuk kesatuan, kita perlu mengaku semuanya dan katakan itu hanya kerana Allah (swt) dan Rasulullah (saw) marilah kita membaiki pintu masuk sebuah rumah:

فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ

dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).

Kami maafkan dan dengan apa jua sekalipun haqq tetap kita semua miliki, kita memaafkan orang yang zalim, kerana pada malam ‘Arafah, Rasulullah (saw) telah melakukan satu doa dan meminta kepada Allah (swt) untuk mengampuni Ummatnya.

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا عَشِيَّةَ يَوْمِ عَرَفَةَ لأُمَّتِهِ بِالْمَغْفِرَةِ وَالرَّحْمَةِ ، فَأَكْثَرَ الدُّعَاءَ ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ : إِنِّي قَدْ فَعَلْتُ ، إِلا ظُلْمَ بَعْضِهِمْ لِبَعْضٍ ، وَأَمَّا ذُنُوبُهُمْ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ فَقَدْ غَفَرْتُهَا ، فَقَالَ : يَا رَبِّ إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ تُثِيبَ هَذَا الْمَظْلُومَ خَيْرًا مِنْ مَظْلَمَتِهِ ، وَتَغْفِرَ لِهَذَا الظَّالِمِ ، فَلَمْ يُجِبْهُ تِلْكَ الْعَشِيَّةَ فَلَمَّا كَانَ غَدَاةَ الْمُزْدَلِفَةِ أَعَادَ الدُّعَاءَ ، فَأَجَابَهُ اللَّهُ تَعَالَى : إِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ ” ، قَالَ : فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ لَهُ بَعْضُ أَصْحَابِهِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، تَبَسَّمْتَ فِي سَاعَةٍ لَمْ تَكُنْ تَتَبَسَّمُ فِيهَا ، قَالَ : ” تَبَسَّمْتُ مِنْ عَدُوِّ اللَّهِ إِبْلِيسَ ، إِنَّهُ لَمَّا عَلِمَ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَدِ اسْتَجَابَ لِي فِي أُمَّتِي أَهْوَى يَدْعُو بِالْوَيْلِ وَالثُّبُورِ ، وَيَحْثُو عَلَى رَأْسِهِ التُّرَابَ

Rasulullah (saw) telah mendoakan kemaafan dan kerahmatan untuk Ummah ini pada malam sebelum Arafah. Kemudian Allah (swt) telah turunkan wahyu kepada baginda, “Aku telah mengampuni mereka semua kecuali kezaliman mereka terhadap satu sama lain. Bagi dosa-dosa mereka adalah antara Aku dan mereka, Aku telah mengampuni mereka semua.” Baginda berkata, “Wahai Tuhanku, benarlah bahawa Engkau mampu untuk memberi ganjaran kepada yang dizalimi melebihi apa yang telah mereka rasakan kesiksaan kezaliman dan untuk mengampuni orang-orang yang menzalimi.” Allah (swt) tidak membalas pada malam itu. Hari yang berikutnya di Muzdalifa baginda mengulang doa itu dan Allah (swt) membalasnya, “Aku telah mengampuni mereka.” Rasulullah (saw) ketawa dan sebahagian para Sahabat telah bertanya kepada baginda, “Wahai Rasululullah (saw), dikau ketawa pada satu saat yang tidak biasa-biasanya dikau ketawa?” Baginda berkata, “Aku ketawa kepada musuh Allah (swt), Iblees. Ketika dia mendengar bahawa Allah (swt) telah membalas doaku, dia pun terjatuh terguling-guling dan mula membuang kotoran ke atas kepalanya.” (Ibn Majah, Ahmad, Bayhaqi)

Allah (swt) berfirman, “Aku mengampuni Ummah ini kecuali tidak pada zhaalim (penindas); Aku akan menghukum dia, tetapi aku akan mengampunyi seorang mazhloom. Yang zhaalim itu adalah Iblees, wa min ‘itaabi’i Iblees,  sesiapa yang mengikuti jejak langkah Iblees dan fitna adalah dengan membuat kekeliruan. Maka Allah (swt) berfirman, “Aku juga akan akan menghukum seorang penzalim dan menghantarkan orang yang dizalimi ke dalam syurga.” Rasulullah (saw) bersabda: “Ya Rabbee, Kasih sayang-Mu dan Syurga-Syurga adalah sangat luas, maka bagaimana sekiranya dimaafkan mereka yang zhaalim? Beri dia sesuatu daripada Syurga-Mu.”

Tiada jawapan daripada Allah (swt), dan Rasulullah (saw) berasa sedih dan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina ‘Umar (ra) melihatnya dan mereka senyap tidak berkata-kata, kemudian secara tiba-tiba mereka melihat Rasulullah (saw) tersenyum lebar, kemudian ketawa, sehingga menunjukkan keputihan giginya dan wajah baginda bertukar warna merah jambu.

Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq (ra) dan Sayyidina ‘Umar (ra) berkata,”Yaa Rasoolullah, kami melihat dikau berasa sedih, dan kemudian dikau ketawa. Apakah yang terjadi?” Baginda (saw) berkata,”Aku ketawa bilamana Allah (swt) telah memberitahuku. ‘Kerana dikau, aku akan mengampuni mereka yang zhaalim dan memberikan mereka Syurga-Syurga-Ku,” dan kemudian Iblees berasa sangat tidak senang  dan dia melemparkan kotoran di mukanya dan memaki-maki dirinya sendiri, dan aku sukakannya.”

Kita tidak mahu Iblees menyesatkan kita, kita inginkan untuk berada bersama-sama, bersatu, inshaa-Allah kita lakukan yang terbaik untuk Tariqah dan berkerjasama untuk melakukan yang terbaik untuk semua orang. Kita ingin meluahkan perkara ini banyak kali dalam kepelbagaian situasi dalam negara yang berbeza-beza, tapi pasti ada seseorang yang melakukan fitnah. Kita tidak mahu jadi seperti mereka, kita mahu untuk berada di bawah arahan Allah (swt), “Berpegang teguhlah kalian kepada Tali Allah dan janganlah berpecah belah.” (3:103)

Semoga Allah (swt) mengampuni kita dan memberkati kita. Para lelaki yang terhormat ini (qawwals) telah menjadikan perayaan kita ini sangat gembira. Semoga Allah (swt) memberkati mereka dan kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana membawa panji kecintaan kepada semua orang.

Bi hurmati ‘l-habeeb bi hurmati ‘l-Fatihah. [Du`a.] Wa ‘l-hamdulillahi Rabbi ‘l-`Alameen, al-Fatihah.

Qawwalis ini baru sahaja menunjukkan kecintaan mereka kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw) dengan cara mereka dan orang lain menunjukkan kecintaan mereka kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw) dengan cara yang lain [dengan membuat kek ini dengan reka bentuk nahl sharif milik Rasulullah (saw), Sandal yang Mulia] di mana ia berada di hadapan saya [menunjukkan kepada pendengar]. Ratusan akan membantah kepada ini, tetapi seandainya kita mempertimbangkan kecintaan pembakar kek ini dan berapa banyak usaha yang telah mereka letak untuknya, kamu akan memahami bahawa perkara ini bukanlah shirk, kerana ia menunjukkan sebuah reka bentuk Na’l Shareef Rasulullah (saw) dan inilah cara mereka meluahkan kecintaan, untuk menunjukkan kepada kita. Qawwalis menambahkan musik dan wanita ini menambahkan gula, bukan garam! Qasaa’id adalah manis, ia akan membuka hati kamu, terutamanya terapi gendang; daripada pergi ke tempat-tempat lain [yang tidak elok], remaja akan tertarik dengannya dan Allah (swt) akan memberi ganjaran kepada mereka dengan cara mereka meluahkan kecintaan kepada Allah (swt).

Kamu melihat perbezaan budaya. Pembakar itu berasal dari Kenya, Afrika dan Qawwalis berasal daripada Pakistan, jauh berasingan antara satu sama lain. Kita perlu menerima semua orang. Bilamana orang telah bertanya kepada Rasulullah (saw) sesuatu perkara, baginda tidak pernah mengatakan tidak, kecuali perkara itu bertentangan dengan Tawheed kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw) tidak suka sesiapa untuk berkata-kata atau melakukan shirk, untuk menhadirkan sesuatu selain Allah (swt), tetapi untuk dosa-dosa yang lainnya Allah (swt) akan ampunkan. Katakanlah “astaghfirullah” dan Allah (swt) akan mengampunkan, inshaa-Allah.

Sekarang mereka menyuruh saya untuk memotong kek ini, dan saya merasakan tidak senang kerana saya tidak boleh memotong reka bentuk Nahl Sharifdi luar daripada kehormatan. Saya tidak suka sebilah pisau ditusuk kepadanya, jadi saya akan memotong bahagian keknya sahaja. Sebahagian orang akan mengatakan perkara ini adalah shirk, tetapi ini adalah seperti memotong reben apabila mereka membuka untuk masjid baru atau Pusat Orang Islam, tapi apakah perbezaannya? Sekurang-kurangnya kek ini manis dan reben itu tiada apa-apa.

Bi hurmati ‘l-habeeb bi hurmati ‘l-Fatihah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s