Masalah Ziarah Kubur [ Bahagian 2 ] (Shaykh Hisham Kabbani)

Masalah Ziarah Kubur

Bahagian 2

Oleh: Shaykh Hisham Kabbani

Sumber Asal: FB, Naqshbandiyya Nazimiyya Sufi Order of Malaysia

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1431447070498304&id=1424961801146831

Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Salah satu propaganda Wahhabi mengatakan: “Sebuah teks yang sangat asli (nas sahih) menyokong hanya untuk menziarahi maqam Nabi Muhammad (saw) dan bukan untuk orang lain.” Ini adalah pembohongan yang serius terhadap Al-Qur’an, Sunnah, Syariah dan Agama Islam! seperti yang ditunjukkan oleh bukti-bukti sebagai berikut:

1- Tiada satu teks pun di dalam Islam -samada sahih atau tidak sahih- yang mana mengatakan untuk menziarahi makam Rasulullah (saw). Untuk mendakwa satu perkara yang tidak pernah didengari. Malahan puak Wahabi pada 200 tahun sebelum pun tidak pernah jatuh sampai ke tahap buta mata hati dan barah kejahilan sehinggakan sanggup berbohong melalui gigi-gigi mereka dengan cara menentang jalan Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw)

2- Allah (swt) berfirman:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ

And whatever the Prophet (saws) brings you, take it.” (al-Hashr 59:7)

Dan sabda Rasulullah (saw):

زوروا القبور

Zurul Qubura

Visit the graves! (Sahih Muslim)

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya sebagaimana juga dalam kitab-kitab sunan seperti al-Hakim, Ibn Hibban, Al-Tabarani dan kitab-kitab Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal. Al-Tirmidzi berkata:

سليمان بن بريدة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قد كنت نهيتكم عن زيارة القبور فقد أذن لمحمد في زيارة قبر أمه فزوروها فإنها تذكر الآخرةقال وفي الباب عن أبي سعيد وابن مسعود وأنس وأبي هريرة وأم سلمة قال أبو عيسى حديث بريدة حديث حسن صحيح والعمل على هذا عند أهل العلم لا يرون بزيارة القبور بأسا وهو قول ابن المبارك والشافعي وأحمد وإسحق

Burayda (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda: “Dahulu saya telah melarang kamu untuk menziarahi kubur tetapi Muhammad di anugerahkan kebenaran untuk menziarahi kubur ibundanya, maka ziarahilah mereka, untuk mengingat kamu kepada Akhirat.” Al-Tirmidzi mengatakan: “Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id, Abu Hurairah dan Umm Salama, dan hadith Burayda ialah bertaraf hasan sahih, dan perkara ini telah diamalkan dikalangan ahli ilmu.”

3- Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari mengatakan Ibnu Hazm bahkan menganggap bahawa menziarahi kubur adalah wajib sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ini menunjukkan bahawa menziarahi makam selain Nabi (saw) juga diterima dan diamalkan oleh mereka yang berilmu dalam Islam, dan wajib menurut sesetengah daripada mereka, dan sebaliknya ia bererti bahawa mereka yang melarang atau melihat sesuatu yang salah dengannya adalah ORANG YANG JAHIL menurut Imam al-Tirmidzi (rah) dan mereka KAFIR SESAT menurut Ibnu Hazm al-Zahiri (rah).

4. Perkara ini sangat tepat dengan ciri-ciri Wahhabi pada zaman kita, kerana mereka mengaku membela agama dengan dalil (bukti) tetapi mereka bahkan tidak tahu tentang dalil tersebut; dan jika mereka tahu, mereka salah memahaminya dan memutarbelitkan maknanya (Tahrif), atau menyimpang mentafsirkannya (ta`til); dan jika mereka memahaminya, mereka melakukan tahrif dan ta`til yang sama dengan memetiknya secara keluar dari konteks atau mempertikaikan keasliannya. Mereka terus menghentakkan kepala mereka di antara tiga tembok: kejahilan, kebodohan dan kepercayaan buruk. Mereka mengakhirinya dengan kenyataan yang sepenuhnya bertentangan dengan apa yang dikatakan Allah dan Nabi-Nya (saw), jadi kami bertanya kepada umat Islam dan khususnya Ulama ASWJ kita di Malaysia dan di mana-mana: Apakah kedudukan bagi mereka yang mendengar bahawa Nabi (saw) memerintahkan sesuatu dan kemudian mereka menjawab “Tidak”?

5. Inilah sebabnya mengapa pembela ASWJ kita yang tercinta di Mesir Dr Ali Gomaa (hafizahullah) memanggil Wahhabi hari ini adalah al-Nabitah – Mereka tumbuh seperti cendawan setelah hujan dan mereka tidak berguna atau bahkan beracun; dan pembela ASWJ kita yang tercinta di Syria Dr Nur al-Din Itr memanggil mereka Zahiriyya Jadida yaitu neo-literalis, tetapi beliau selalu menambahkan: “Dengan perbezaan bahawa Zahiri yang asli yang berilmu dan soleh, tidak seperti rawabidha (pengacau) pada hari ini. “Semoga Allah menyelamatkan umat kita dari rawabidha yang terus datang dan mencabar Allah dan Nabi-Nya (saw) dan menyerang Awliya-Nya! Allah tidak akan membiarkan walau seorang daripada mereka yang menyerang Awliya-Nya selamat. Sebaliknya Dia akan memusnahkan dan menamatkan mereka, dan itulah yang akan kita lihat tidak lama lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s