Mengenal Tariqah Sufi Naqshbandiyyah An-Nazimiyyah Al-Aliyyah

Mengenal Tariqah Sufi An-Naqshbandiyyah An-Nazimiyyah Al-Aliyyah

Sumber Asal:

FB, Naqshbandiyya Nazimiyya Sufi Order of Malaysia & Naqshbandi Sufi Way

[Bahagian 1]https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1433076027002075&id=1424961801146831

[Bahagian 2]https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1433374283638916&id=1424961801146831&substory_index=0

[Bahagian 3]: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1433452210297790&id=1424961801146831&substory_index=0

Naqshbandi Sufi Way: http://naqshbandi.org/the-tariqa/about/

 

13892111_605714476257281_3289720850464294088_n

Tariqat Naqshbandiyya An-Nazimiyya telah ditubuhkan oleh Shaykh Hisham Al-Kabbani adalah berdasarkan ajaran Imam ke-40 dalam Silsilah Rantai Emas Naqshbandi, Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani. Misi Tariqat Naqshbandiyya an-Nazimiyya adalah untuk menyebarkan ajaran sufi tentang persaudaraan umat manusia. Usaha diarahkan untuk membawa spektrum pelbagai agama dan jalan spiritual menuju keharmonian dan kerukunan, sebagai pengakuan atas tanggung jawab manusia sebagai penjaga planet yang rapuh ini dan penjaga antara satu sama lain.

Cara Tariqat Naqshbandi adalah cara para sahabat Nabi SAW dan orang-orang yang mengikuti mereka. Jalan ini terdiri dengan ibadah yang terus-menerus dalam setiap tindakan, sama ada luaran mahupun dalaman, dengan disiplin yang lengkap dan sempurna sesuai dengan Sunnah Nabi SAW yang terdiri dalam mempertahankan amalan tingkat tertinggi dan meninggalkan semua inovasi sepenuhnya dan semua tafsiran bebas dalam kebiasaan awam dan tingkah laku peribadi. Ia dibentuk dengan menjaga kesedaran akan Hadirat Allah, Azza wa Jalla, dalam perjalanan menuju penghapusan diri dan pengalaman sempurna dalam Hadirat Ilahi. Ia adalah Jalan refleksi yang lengkap bagi kesempurnaan tingkat tertinggi. Ia adalah Jalan menyucikan diri dengan cara perjuangan yang paling sukar, iaitu perjuangan melawan diri sendiri. Ia dimulai di mana jalan-jalan lain berakhir, dengan tarikan Cinta Ilahi yang sempurna, yang dianugerahkan kepada sahabat pertama Nabi SAW, Abu Bakar as-Siddiq RA.

Penjelasan Isu Islam dan tasawuf:

Islam bermaksud menyerah kepada Kehendak Allah dan menerima bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah, selawat dan salam ke atasnya, seperti juga Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan Adam Alayhimu Solatu Wa-Salam.

Keimanan menurut Islam adalah beriman kepada:

Allah, Tuhan Yang Maha Esa
Kewujudan makhluk ghaib iaitu para malaikat
Ayat-ayat Allah (Kesaksian-kesaksian), Zabur diturunkan kepada Daud, Taurat diturunkan kepada Musa, Injil kepada Isa dan Al-Quran yang dibawa kepada Muhammad Alayhimus Solatu Wa Salam
Semua para nabi yang telah diutus sebagai rahmat kepada manusia
Hari pembalasan dan Kebangkitan
Qada’ dan Qadar

Tasawuf ialah jalan membersihkan hati daripada perlakuan dan sifat-sifat yang buruk. Ia adalah jalan kerohanian yang wujud dalam Islam. Maksudnya adalah:

Mencari keredhaan Allah
Kasih sayang dan perdamaian dalam diri sendiri
Keharmonian terhadap semua ciptaan (manusia, haiwan, dan alam semula jadi)
Untuk bersifat dengan sifat-sifat indah para Nabi dan orang-orang Soleh

Seseorang itu memasuki Islam dengan beriman dalam hati akan kewujudan Tuhan yang Esa, Allah SWT dan beriman kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) sebagai penutup para Nabi yang Allah utuskan sepanjang sejarah manusia.

Shaykh adalah seseorang yang telah mewarisi apa yang dibawa oleh para Nabi dan diberi autoriti untuk menyampaikan ajaran dan rahsia kepada mereka yang mengambilnya sebagai guru. Seorang Shaykh yang sebenar adalah seseorang yang telah menakluki sifat buruk dirinya melalui ketaatan dan keikhlasan terhadap Tuhan-Nya. Atas sebab itu dia mampu membimbing murid-murid untuk menakluki diri mereka sendiri, membuka jalan untuk mencapai potensi realiti ruhani mereka yang tidak terhad.

Kaedah utama untuk mencapai kemajuan rohani dalam tasawuf ialah menuruti panduan dan arahan seseorang Shaykh atau pembimbing yang brautoriti. Melakukan zikir, mengingati Allah, dengan membaca Nama-Nama Sucinya, memuliakan-Nya dan memuji Pencipta semua makhluk. Menghadiri majlis nasihat dan zikir yang diadakan di hadapan Syaikh atau wakilnya; duduk bersama-sama, berdoa bersama-sama, menyambut semua yang datang untuk memuji Tuhan mereka, Allah SWT.

Daripada sudut Sejarah, Tariqat Naqshbandi dapat ditelusuri kembali kepada Khalifah yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq (RA), yang mewarisi daripada Rasulullah SAW dalam pengetahuan dan perananya dalam membimbing Umat Islam. Allah berfirman dalam Al-Qur’an “Dia adalah yang kedua di dalam gua, dan dia berkata kepada sahabatnya: jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita “[09:40]. Nabi SAW bersabda mengenainya, “Jika aku perlu mengambil untuk diriku seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasih; tetapi dia adalah saudaraku dan sahabatku.”

Perkara yang menyebabkan Tariqat Naqshbandi menjadi masyhur ialah kerana dasar dan prinsip-prinsipnya diteladani daripada enam bintang yang bergemerlapan dalam tariqat ini iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Salman al-Farisi, Ja’far as-Sadiq, Bayazid Tayfur al-Bistami, Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu, dan Muhammad Baha’uddin Uwaysi al-Bukhari, yang dikenal sebagai Shah Naqshband QS-Imam Thariqat.

Di sebalik perkataan “Naqshband” berdiri dua idea: Naqsh yang bererti “ukiran” dan menunjukkan ukiran nama Allah dalam hati, dan band bererti “ikatan” dan menunjukkan hubungan antara individu dan Penciptanya. Ini bererti bahawa pengikut Naqshbandi harus berlatih mengamalkan ibadat dan kewajipannya sesuai dengan Al Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dan untuk menjaga kehadiran dan cinta Allah supaya hidup di dalam hatinya melalui pengalaman peribadi dalam hubungan antara dirinya dengan Tuhannya.

Selain Abu Bakar as-Siddiq, adalah Salman al-Farisi RA. Beliau berasal dari Isfahan, Parsi dan tokoh yang menyarankan umat Islam untuk menggali parit dalam perang Ahzab. Setelah umat Islam menakluk al-Mada’in, ibu kota Parsi, beliau menjadi gabenor kota itu dan tinggal di sana sehingga kewafatannya.

Seterusnya ialah Ja’far as-Sadiq. Seorang keturunan Nabi SAW di sebelah ayahnya dan keturunan Abu Bakar RA di sebelah ibunya. Beliau menolak semua pangkat kehormatan demi mempelajari dan mengamalkan ilmu kerohanian. Beliau digelar sebagai Pewaris Maqam Kebenaran (Maqam as-Siddiqiyya).

Catatan terawal menulis bahawa timbulnya kalimah ‘safa’ adalah merujuk kepada murid beliau, Jabir bin Hayyan, pada pertengahan abad kedua Hijriah. Beliau (Ja’afar Sadiq) adalah seorang mufassir al-Qur’an atau guru dalam ilmu tafsir, seorang sarjana hadis, dan salah seorang mujtahid terbesar (yang memenuhi syarat untuk memberikan keputusan hukum) di Madinah. Sebahagian Tafsirnya disimpan di dalam Haqa’iq Sulami at-Tafsir. Laits bin Saad, salah seorang perawi tradisi kenabian yang dipercayai, menyaksikan kekuatan Ja’far di mana apa sahaja yang diminta, Allah akan memberikan kepadanya seketika itu juga.

Kemudiannya ialah Bayazid Tayfur al-Bistami. Datuknya adalah seorang Zoroaster. Bayazid mempelajari Perundangan Islam (Syariah) secara terperinci dan melakukan latihan yang ketat bagi menguasai diri (ego). Sepanjang hidupnya beliau tekun dalam menjalankan kewajipan agamanya. Beliau mendesak murid-muridnya untuk menempatkan usaha mereka kepada Allah dan beliau mendorong mereka untuk menerima ajaran tauhid yang suci dan murni, ilmu tentang Keesaan Allah. Menurut beliau, ajaran ini mempunyai lima kewajipan ke atas keikhlasan:

1. Untuk menjaga kewajipan menurut Al-Qur’an dan Sunnah;
2. Untuk sentiasa berkata benar.
3. Untuk memelihari hati agar bebas daripada perasaan benci.
4. Untuk menghindari makanan yang haram.
5. Untuk menghindari bid’ah.

Bayazid mengatakan bahawa tujuan akhir para sufi adalah untuk mengenal Allah di dunia ini, untuk mencapai Hadhrat Ilahi-Nya, dan untuk melihat-Nya di akhirat.

Satu lagi bintang dalam Tariqat ini ialah Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu, yang lahir di desa Ghujdawan, Bukhara di Uzbekistan. Beliau dibesarkan dan dimakamkan di sana. Beliau mempelajari Al-Qur’an dan ilmu-ilmu Islam sama ada pengetahuan eksternal dan internal sehingga beliau mencapai tahap pemurnian yang tinggi. Kemudian beliau melakukan perjalanan ke Damaskus di mana beliau menubuhkan sebuah sekolah yang menghasilkan ramaipara sarjana dan kemudian menjadi para guru dan ulama fiqh dan hadits serta kerohanian pada zaman mereka, sama ada di wilayah Asia Tengah dan di Timur Tengah.

Abdul Khaliq meneruskan pekerjaan para pendahulunya dengan mengadakan zikir (mengingat Allah) yang diturunkan daripada Nabi SAW sesuai dengan Sunnah. Dalam tulisan-tulisannya beliau meletakkan kod-kod etika (adab) yang perlu diikuti oleh para murid Naqshbandi.

Penamaan Silsilah Rantaian Emas Naqshbandi telah berubah dari abad ke abad. Di antara zaman Abu Bakar as-Siddiq RA dengan zaman Bayazid al-Bistami QS ia disebut sebagai Siddiqiyya. Dari zaman Bayazid sehingga zaman Sayyidina Abdul Khaliq al-Ghujdawani Qaddasallahu Sirrahu ia disebut sebagai Tayfuriyya. Dari zaman Sayyidina ‘Abdul Khaliq al-Ghujdawani QS sehingga zaman Shah Naqshband QS ia disebut sebagai Khwajaganiyya. Dari zaman Shah Naqshband QS sehingga zaman Sayyidina Ubaidillah al-Ahrar dan Sayyidina Ahmad Faruqi, ia disebut sebagai Naqshbandiyya.

Naqshabandiyya bererti “mengikat Naqsh sebaik-baiknya”. Naqsh adalah ukiran Nama Allah yang sempurna di hati seseorang murid itu. Dari zaman Sayyidina Ahmad al-Faruqi sehingga zaman Shaykh Khalid al-Baghdadi ia disebut sebagai Naqshbandi-Mujaddidiyya. Dari zaman Sayyidina Khalid al-Baghdadi sehingga zaman Sayyidina Shaykh Ismail Shirwani ia disebut sebagai Naqshbandiyya-Khalidiyya. Dari zaman Sayyidina Ismail Shirwani sehingga zaman Sayyidina Syaikh ‘Abdullah ad-Daghestani, ia disebut sebagai Naqshbandi-Daghestaniyya. Dan pada zaman sekarang ia dikenali dengan nama Naqshbandiyya-Haqqaniyya dan yang terkini dengan nama Naqshbandiyya-Nazimiyya yang dinisbahkan kepada nama Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani.

Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari, yang dikenali sebagai Shah Naqshband QS, adalah Imam bagi Tariqat Naqshbandi. Beliau dilahirkan pada tahun 1317 Masehi di Desa Qasr al-Arifan, Bukhara. Setelah beliau menguasai ilmu syariah pada usia 18 tahun, beliau terus mendampingi Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang merupakan seorang yang berautoriti dalam bidang hadits di Asia Tengah. Setelah kematiannya, Shah Naqshband mengikuti Shaykh Amir Kulal pula yang meneruskan dan menyempurnakan latihannya dalam bidang ilmu pengetahuan luaran dan dalaman.

Murid-murid Shaykh Amir Kulal sering melakukan zikir dengan suara yang keras ketika duduk bersama-sama dalam sesebuah majlis, dan melakukan zikir secara senyap ketika bersendirian. Walaupun Shah Naqshband QS tidak pernah mengkritik atau membantah zikir secara keras, beliau lebih suka berzikir secara senyap. Mengenai perkara ini beliau berkata, “Ada dua kaedah zikir; secara senyap dan secara keras. Aku memilih yang secara senyap kerana ia lebih kuat dan itu lebih disukai.” Berzikir secara senyap kemudiannya menjadi ciri khusus bagi Naqshbandiyya berbanding tariqat lain.

Shah Naqshband melakukan Haji sebanyak tiga kali, setelah itu beliau menetap di Merv dan Bukhara. Menjelang akhir hidupnya beliau kembali untuk menetap di kota kelahirannya, Qasr al-Arifan. Ajarannya disebarkan ke mana-mana sahaja dan namanya meniti di atas setiap lidah. Pengunjung dari jauh dan luar datang menemuinya dan meminta nasihat. Mereka menerima didikan di madrasah dan masjidnya, sebuah kompleks yang pada satu waktu dahulu pernah menampung lebih daripada 5000 orang. Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam terbesar di Asia Tengah dan masih ada sehingga kini. Baru-baru ini ia direnovasi dan dibuka kembali setelah tujuh puluh tahun berada di bawah kekuasaan komunis.

Ajaran Shah Naqshband mengubah hati para pencari daripada kegelapan menuju cahaya. Beliau terus mengajar murid-muridnya tentang ilmu pengetahuan mengenai Keesaan Allah di mana para pendahulu beliau telah khususkan, dengan menekankan kesedaran terhadap keadaan ihsan (keunggulan) bagi para pengikutnya sesuai dengan hadits Nabi SAW, “Ihsan adalah supaya engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. ”

Ketika Shah Naqshaband meninggal beliau dimakamkan di tamannya seperti yang diwasiatkan. Raja Bukhara yang berjaya telah mengambil alih untuk menjaga dan mengurus madrasah dan masjidnya, memperluas dan menambahkan wakafnya.

Para Shaykh yang meneruskan Tariqat Naqshbandi telah banyak menulis biografi Shah Naqshband QS, antaranya adalah Mas’ud al-Bukhari dan Sharif al-Jarjani, yang menyusun Awrad Baha’uddin yang menggambarkan peribadi dan jasa-jasanya termasuk fatwanya. Shaykh Muhammad Parsa, yang meninggal di Madinah pada tahun 822 H (1419 M) menulis Risalah Qudsiyya yang membicarakan tentang kehidupan Shah Naqshband QS, jasa-jasa dan ajaran-ajarannya.

Warisan karya-karya Shah Naqshband termasuk kitab-kitabnya yang banyak, antaranya adalah Awrad an-Naqshbandiyya, pengabdian Shah Naqshband QS. Kitab lainnya adalah Tanbih al-Ghafilin. Kitab ketiga adalah Maslakul Anwar. Keempat adalah Hadiyyatu-s-Salikan wa Tuhfat at-Talibin. Beliau meninggalkan banyak madad-madah yang mulia bagi memuji Nabi SAW dan beliau menulis banyak kitab hukum syariah. Salah satu pendapatnya adalah bahawa semua tindakan dan jenis ibadah yang berbeza, sama ada wajib atau sunat, diizinkan untuk dilakukan oleh para murid bagi mencapai hakikat. Solat, puasa, zakat, mujahadah dan zuhud amat ditekankan sebagai cara-cara untuk sampai kepada Allah SWT.

Shah Naqshband QS membangunkan madrasahnya bagi memperbaharui kaedah mengajar Agama Islam. Beliau bertegas perlunya menjaga Al-Qur’an dan ajaran Sunnah. Ketika mereka bertanya kepadanya, “Apa syarat-syarat yang perlu untuk seseorang menuruti jalanmu?” Katanya, “Untuk mengikuti Sunnah Nabi SAW.” Beliau terus berkata: “Jalan kami adalah jalan yang jarang dilalui. Ia menjaga Urwat ul-Wutsqa, ikatan yang tidak terputus, dan tidak mahukan apa-apa daripada para pengikutnya selain memegang Sunnah Suci Nabi SAW dan mengikuti jalan para Sahabat Radiyallahu Anhum dalam jihad mereka (usaha yang mereka lakukan kerana Allah).

“Madrasah Naqshbandi adalah cara termudah dan paling sederhana bagi para muridnya untuk memahami tauhid. Ia menekankan supaya para pengikutnya berusaha untuk mencapai suatu tahap pengabdian yang sempurna kepada Allah sama ada di tengah-tengah masyarakat awam mahupun ketika bersendirian dengan memelihara adab-adab yang sempurna dalam Sunnah Nabi SAW. Ia mendorong manusia untuk menggunakan kaedah perlaksanaan ibadah yang ketat (Azima) dan meninggalkan pengecualian (Rukhsa). Ia juga bebas daripada semua bid’ah dan penyelewengan. Ia tidak menuntut supaya pengikutnya berlapar atau tidak tidur. Itu adalah kaedah bagaimana Naqshbandiyya mengurus agar tetap bebas daripada kebodohan dan penipuan (musha’wazan). Ringkasannya kita mengatakan bahawa tariqat kita adalah ibu kepada semua tariqat dan pemelihara kepada semua amanah kerohanian. Ia adalah jalan yang paling selamat, paling bijaksana, dan paling jelas. Naqshbandiyya tidak bersalah dan terlindung daripada sebarang serangan kerana ia menjalankan Sunnah Nabi SAW yang tercinta.”

Adapun Silsilah Rantaian Emas Tariqat Naqshbandiyya an-Nazimiyya al-Aliyya itu adalah seperti berikut:

1.Daripada Nabi Muhammad ibn Abdullah SAW;
2.Diturunkan kepada Abu Bakr as-Siddiq RA;
3.Diturunkan kepada Salman al-Farsi RA;
4.Diturunkan kepada Qasim ibn Muhammad ibn Abu Bakr as-Siddiq RA;
5. Diturunkan kepada Jafar as-Sadiq RA;
6. Diturunkan kepada Tayfur Abu Yazid al-Bistami QS;
7. Diturunkan kepada Abul Hassan Ali al-Kharqani QS;
8. Diturunkan kepada Abu Ali al-Farmadi QS;
9. Diturunkan kepada Abu Yaqub Yusuf al-Hamadani QS;
10. Diturunkan kepada Abul Abbas al-Khidr AS;
11. Diturunkan kepada Abdul Khaliq al-Ghujdawani QS;
12. Diturunkan kepadaArif ar-Riwakri QS;
13. Diturunkan kepada Khwaja Mahmud al-Anjir al-Faghnawi QS;
14. Diturunkan kepada Ali ar-Ramitani QS;
15. Diturunkan kepada Muhammad Baba as-Samasi QS;
16. Diturunkan kepada as-Sayyid Amir Kulal QS;
17. Diturunkan kepada Muhammad Baha’uddin Uways al-Bukhari Shah Naqshband al-Imam at-Tariqa QS;
18. Diturunkan kepada Ala’uddin al-Bukhari al-‘Attar QS;
19. Diturunkan kepada Yaqub al-Kharkhi QS;
20. Diturunkan kepada Ubaydullah al-Ahrar QS;
21. Diturunkan kepada Muhammad az-Zahid QS;
22. Diturunkan kepada Darwish Muhammad QS;
23. Diturunkan kepada Muhammad Khwaja al-Amkanaki QS;
24. Diturunkan kepada Muhammad al-Baqi bi-Llah QS;
25. Diturunkan kepada Ahmad al-Faruqi as-Sirhindi QS;
26. Diturunkan kepada Muhammad al-Masum QS;
27. Diturunkan kepada Muhammad Sayfuddin al-Faruqi al-Mujaddidi QS;
28. Diturunkan kepada as-Sayyid Nur Muhammad al-Badawani QS;
29. Diturunkan kepada Shamsuddin Habib Allah QS;
30. Diturunkan kepada Abdullah ad-Dahlawi QS;
31. Diturunkan kepada Khalid al-Baghdadi QS;
32. Diturunkan kepada Ismail Muhammad ash-Shirwani QS;
33. Diturunkan kepada Khas Muhammad Shirwani QS;
34. Diturunkan kepada Muhammad Effendi al-Yaraghi QS;
35. Diturunkan kepada Jamaluddin al-Ghumuqi al-Husayni QS;
36. Diturunkan kepada Abu Ahmad as-Sughuri QS;
37. Diturunkan kepada Abu Muhammad al-Madani QS;
38. Diturunkan kepada Sharafuddin ad-Daghestani QS;
39. Diturunkan kepada Abdullah al-Faiz ad-Daghestani QS;
40. Diturunkan kepada Muhammad Nazim Adil al-Haqqani QS.

14344306_1729951443937253_3703295986741565106_n.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s