Silsilah Rantai Emas (Shaykh Nazim Al-Haqqani)

Silsilah Rantai Emas

Oleh: Shaykh Nazim Al-Haqqani

Ogos 1989

Transkrip Asal: Sufismus-Online

http://www.sufismus-online.de/GoldenChain

Mari kita bacakan sekali lagi, rantaian kita yang mana datangnya daripada Rasulullah (saw). Bismillahir Rahmanir Rahim,

Nabīy ‘alayhi ṣ-ṣalātu wa s-salām,
As-Ṣiddīq, Salmān,
Qāsim, Ja‘far, Ṭayfūr,
Abu l-Ḥassan,
Abū ‘Alī, Yūsuf,
Abu l-‘Abbās,
Abdu l-Khāliq,
‘Ārif, Maḥmūd,
Bābā as-Samāsī,
as-Sayyid Amīr Kulāli,
Khwājah Bahā’ud-dīn Naqshbandī,
‘Alā’ud-dīn,
Ya‘qūb,
‘Ubaydu-Llāh,
Muḥammad az-Zāhid,
Darwīsh Muḥammad,
Khwājah al-Amkanakī,
Muḥammad al-Bāqī,
Aḥmad al-Fārūq,
Muḥammad al-Ma‘ṣūm,
Sayfud-dīn,
Nūr Muḥammad,
Habību-Llāh,
‘Abdu-Llāh,
Shaykh Khālid,
Shaykh Ismā‘īl,
Khāṣ Muḥammad,
Shaykh Muḥammad Effendī al-Yarāghī,
Sayyid Jamālud-dīn al-Ghumūqī al-Ḥusaynī,
Abū Aḥmad as-Sughūrī,
Abū Muḥammad al-Madanī,
Shaykh Sharafud-dīn Dāghistānī,
Sayyidī Mawlānā Shaykh ‘Abdu-Llāh ad-Dāghistāni.

Allah Ta’ala darajatihim daiman wa nafa’ana bi barakat anfasihumu l-qudsiyyah, bihurmati man la nabiyya ba’dahu, bihurmati l-Fatihah.

Darjat mereka sentiasa bersama Allah (swt) dan kita mengambil berkat daripada jiwa suci mereka, demi kehormatan baginda yang mana tiada lagi nabi setelah baginda, dengan kehormatan Al-Fatihah.

Semua ini tidak putus [tidak diputuskan], daripada Rasulullah (saw) sehingga Grandshaykh. Dan Grandshaykh, beliau telah diarahkan oleh Rasulullah (saw) untuk memberi khilafat untuk memberi kebenaran kepada saya untuk menjaga ahli-ahli Naqshbandi selagi mana kita berada di atas dunia ini. Dan tanggungjawab saya bersama mereka. Saya bukanlah siapa-siapa (tiada apa-apa). Tetapi merekalah, mereka mesti berada dalam hubungan melalui Rantai Emas daripada Rasulullah (saw) sehingga kepada diri kita sendiri. Barangsiapa yang membuat apa-apa bantahan, bantahan kepada saya, saya bukanlah orang yang inginkan berada di sini, atau untuk menjadi seorang Shaykh, atau untuk menjadi khalifah atau untuk menjadi Naqshbandi. Ini adalah sesuatu yang telah di arahkan oleh mereka. Sekiranya mereka tidak mengarahkan, saya lebih suka untuk menjauhkan diri, untuk tidak dilihat, tidak diketahui. Tetapi merekalah yang meletakkan saya, mengarahkan saya untuk berada di sini. Itu adalah arahan daripada Rasulullah (saw) kepada Grandshaykh – di mana dia telah pergi untuk menjaga ahli Naqshbandi, untuk menjaga murid-murid. Itu bukanlah arahan saya, suruhan saya. Sekiranya mana-mana orang yang mempunyai persoalan dan bantahan, hendaklah bertanya kepada Rasulullah (saw) mengapa saya di lantik selepas Grandshaykh. Mereka adalah Grandshaykh. Saya adalah hanya seorang hamba.

Dan semua orang dari Timur, dari Barat, dari Arab, dari Turki, dari Jerman, dari Inggeris, dari Amerika – setiap jenis manusia mereka menghantarkan kepada saya. Tiada satupun yang datang kepada saya dengan kekuatan saya tetapi merekalah yang menghantarkan manusia kepada saya. Saya tidak melakukan pengiklanan untuk mereka datang kepada saya. Malah ramai manusia bertanyakan untuk berjumpa dengan saya, saya katakan “Saya akan berpindah. Jangan datang.” Tetapi mereka inginkan untuk datang. Dan kehidupan rohani kamu berhubungan dengan jiwa kami. Oleh itu, semua orang yang datang kepada saya dan berjumpa dengan saya mesti telah bertemu dengan jiwa saya sebelum mereka datang kemari. Jika jiwa kami berada pada jalan yang sama, itu merupakan sebuah tanda kepada hubungan yang sebenar melalui Tariqah Naqshbandi. Jika tidak, itu bermakna dia bukan dalam jalan kami dan dia perlu melihat jalannya sendiri [jalan yang sesuai dengannya] dari Timur atau Barat.

Dan kita tidak mengatakan kepada sesiapa, “Jangan pergi ke sana, datanglah ke kemari. Jangan ikut yang itu, datanglah kemari.” Cuma saya katakan kepada golongan Wahabi. Saya ingin menyedarkan Ummah (Umat Islam) kepada bahaya Wahabi atau fitnah Wahabi – bukan daripada mana-mana Shaykh. Kita berasa bangga dan gembira untuk mengikuti, untuk mengikuti seorang Shaykh daripada ribuan manusia. Janganlah menggangu saya. Kerana tiada kecemburuan dalam Tariqah. Benar. Tetapi ramai manusia palsu mendakwa mereka adalah golongan Tariqah, tidak tahu adab yang sebenar daripada Tariqah. Mereka melakukan fitnah di antara para Mashaykh dan murid-murid. Tapi shaykh yang sebenar tidak akan terkesan oleh kebodohan golongan itu. Kerana Tariqah merupakan jalan yang memimpin manusia kepada Allah Yang Maha Agung. Sekiranya mereka menuju kepada Allah (swt), kita akan mengatakan “Tidak”? Tidak, pergilah dengan senang hati, dengan senang hati.

Oleh itu, itulah rantaian kita. Dan mereka berada dalam tanggungjawab saya. Adakah mereka memikirkan kami akan melakukan kesilapan, merekalah yang akan membetulkannya? Mereka tidak pergi untuk melakukan kesilapan untuk mengajarkan kepada murid-murid atau melakukan. Itu tidak mengapa. Oleh itu, Alhamdulillah, kita bukan seperti cendawan-cendawan – tiada akar, tiada dahan, tiada bunga, tiada buah. Ini adalah Jalan Naqshbandi, jalan pertama yang paling penting menuju Allah (swt). Sejak dari permulaan hingga sekarang ini ia menjadi  yang pertama kali. Sekarang tidak mengapa dan biarlah ia seperti itu – saya ingin maksudkan Tariqah Naqshbandi mestilah menjadi yang pertama sekali paling penting, tariqah yang paling terkuat sehingga akhir dunia ini. Oleh yang demikian, sekiranya mana-mana orang yang mempunyai kebenaran dalam jalan ini, mereka akan memimpin manusia dalam Jalan Naqshbandi. Jika tiada kebenaran, dia hendaklah mencari seseorang yang diberi kebenaran untuk bersama dengannya. Mereka mengetahui. Adiyaman Shaykh mengetahui maksud ini. Shaykh Mahmoud Efendi mengetahui maksud ini. Dan mana-mana Shaykh Naqshbandi di Anatolia mengetahui maksud ini. Di Aleppo, di Damaskus, di Baghdad, di Hijaz, di Mesir, di Sudan, di Maghribi, di India, di Pakistan, di Hujung Timur, di Malaysia, di Indonesia – dimana-manapun sesiapa yang mendakwa bahawa mereka adalah Naqshbandi atau Shaykh Naqshbandi, mereka mesti mengetahui apa yang saya katakan.

Dan sekiranya mereka ada apa-apa tentang apa yang telah saya katakan, jika mereka mendapati ada apa-apa yang tidak dapat diterima, mereka hendaklah bertanyakan kepada baginda Rasulullah (saw). Itulah kaedahnya. Dan kita memohon keampunan.

Wa min Allāhi t-tawfīq biḥurmati l-Fātiḥah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s