Ahli Sunnah wal Jama’ah Menyangkal Sesiapa Yang Menyifatkan Tempat Kepada Allah (SWT)

Ahli Sunnah wal Jama’ah Menyangkal Sesiapa Yang Menyifatkan Tempat Kepada Allah (SWT)

Oleh: Shaykh Hisham Kabbani

Skrip Asal: As-Sunnah Foundation of America (ASFA)

http://sunnah.org/wp/2012/08/10/refutations-a-direction-to-allah/

  • Imam Bukhari (w. 256) percaya bahawa Allah (swt) wujud tidak bertempat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari. Ibn Hajar mengulang banyak kali dipelbagai tempat bahawa Allah bebas daripada berhajat kepada tempat. [1]
  • Ibn Jarir Al-Tabari (w. 311) telah berkata dalam komentarnya mengenai ayat:

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ

 kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah langit,  (2:29)

Maksud istiwa’ dalam ayat ini ialah ketinggian dan keagungan… tetapi jika seseorang mendakwa itu bermaksud satu arah tuju Allah (swt) ke suatu tempat, katakan kepadanya: Dialah yang tinggi dan agung meliputi langit dengan ketiggian Kedaulatan-Nya dan Kekuasaan-Nya, bukanlah ketinggian kepada satu arah tuju ke suatu tempat dan pergerakkan ke sana dan ke mari. [2]

  • Imam Al-Ash’ari (w. 324) telah berkata dalam versi sahihnya iaitu Ibana yang diterbitkan oleh Dar Al-Ansar dan diolah semula oleh Fawqiyya Husayn Mahmud:

Allah (swt) bersemayam atas Arash (singgahsana) dengan erti kata apa yang Dia katakan dan bererti kehendak-Nya, dengan sebuah penubuhan yang menjangkaui sentuhan, perdampingan dengan sesuatu, tempat, ciri-ciri tetap, dan arah tuju (pergerakan dari satu tempat ke satu tempat). Arash (singgahsana) tidak membawa-Nya, melainkan Arash tersebut dan pembawanya dibawa di bawah kehalusan Kekuasaan-Nya, Kelembutan Genggaman-Nya, dan Dialah yang menguasai Arash dan melangkaui segalanya sehinggalah jauh ke dasar bumi, dengan ketinggian yang mana langsung tidak menjadikan-Nya dekat kepada Arash atau kepada langit. Melainkan, Dialah yang mengatasi segala ketinggian ke atas Arash sebagaimana ketinggiannya ke atas dasar bumi yang paling bawah, dan dengan semua ini Dia dekat dengan makhluk ciptaan-Nya, dan Dia lebih dekat dengan hamba-Nya melebihi dekatnya urat dileher, dan Dialah yang menjadi saksi atas segalanya. [3]

  • Shahrastanni (w. 548) menukilkan bahawa Imam Ash’ari juga telah berkata:

Penglihatan Allah (swt) tidak melibatkan arah, tempat, atau bentuk, atau bertemu bersemuka samada oleh pembiasan cahaya atau gambaran, semua ini adalah mustahil. [4]

  • Mulla ‘Ali Al-Qari menyatakan dalam Sharh ‘ayn al-‘ilm

Merupakan suatu kewajipan untuk engkau mempercayai bahawa Tuhanmu… tiadalah terkandung akan Dia mana-mana tempat atau arah.

Beliau menyatakan dalam Sharh Al-Fiqh Al-Akbar:

Allah (swt) tidak berada pada sebuah tempat, samada di atas atau bawah, atau dari mana-mana selain itu, dan Dia tidak berhajat kepada waktu, tidak seperti apa yang telah diperkatakan oleh golongan mushabbiha dan mujassima dan hululiyya atau kepercayaan golongan-golongan yang menjelmakan [menggambarkan Allah dengan sesuatu].

Beliau juga menukilkan dalam Sharh al-Mishkat al-Hafiz Zayn al-Din al-‘Iraqi menyatakan bahawa keempat-empat Imam bersetuju bahawa sesiapa yang mempercayai Allah (swt) berada pada arah tertentu, dia telah melakukan kekufuran. [5]

  • Al-‘Izz Ibn ‘Abd al-Salam tidak mengumumkan kepada sesiapa yang menyifatkan Allah (swt) kepada sesuatu arah sebagai diisytihar kufur, kerana para ulamak Islam tidak mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang terkeluar dari Islam, melainkan, mereka akan dihukum berdasarkan hukum orang-orang Islam ke atas mereka, di kuburkan di tanah perkuburan Islam, harta dan darah mereka adalah suci, dan solat kekal menjadi kewajipan mereka. Perkara yang sama dikenakan kepada pelaku bid’ah. [6]
  • Imam Ghazali telah berkata dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I’tiqad:

Hashwiyya menegaskan arah kepada Allah (swt) disamping menjaga diri mereka dengan mengingkari segala Sifat-Sifat Allah (swt), dan sering suka menyerupakan Allah (swt) dengan makhluk.

Allah (swt) telah menganugerahkan kejayaan untuk Ahl al-Sunna dalam menyatakan kebenaran. Mereka telah menyedari tujuan yang terbaik dalam menyatakan kaedah-kaedah mereka, dan memahami bahawa arah adalah ditolak dan tidak layak untuk Allah (swt) kerana perkara itu adalah berkaitan anggota badan dan yang melengkapkannya; manakala penglihatan-Nya adalah kukuh kerana ia secara langsung mengikut kepada pengetahuan dan hadirnya sebagai komponen yang menyempurnakan. [7]

  • Ibn al-Jawzi mengatakan dalam kitabnya Daf Shubah al-Tashbih:

Ada yang mendakwa ayat:

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ

 Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik … (35:10)

Dan ayat:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ

Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya… (6:18, 6:61)

Adalah bukti bahawa Dia berkuasa ke atas gerak cara deria, jangan dilupakan bahawa jangkauan ‘ke atas segalanya’ bukan sahaja tertakluk pada anggota badan dan zarah, malah ‘ke atas segalanya’ juga terpakai dalam meluahkan darjat keagungan.

Tambahan pula, sepertimana firman-Nya: “ke atas hamba-hamba-Nya,” Dia juga berfirman: “dan Dia bersama-sama kamu” (57:4). Oleh itu, barangsiapa yang mentafsirkan yang kedua itu [“dan Dia bersama-sama kamu”] dengan maksud “bersama kamu dalam pengetahuan,” maka dia dibenarkan dalam mentafsirkan istiwa (dalam 20:4) sebagai “kekuasaan” (al-Qahr)…

Abu Ya’la mengatakan: “Apa yang dimaksudkan dengan “ke atas”ialah Allah (swt) ber-istiwa’ secara hakikat sebenar-benar duduk di atas Arash, yang mana adalah terhad bagi-Nya dalam arah yang terikat oleh Arash. Juga untuk arah-arah yang lain, seperti atas, belakang, di depan, dan kiri, mereka tidak terikat.” Aku katakan: perkataan ini amat sinonim dengan asas ajaran anthropomorphisma, kerana apa yang terikat dengannya samada lebih besar atau lebih kecil daripada apa yang telah terikat, dan dimensi ini hanya berlaku kepada anggota badan. [8]

  • Ibn Hajar menyatakan dalam kitabnya Fath al-Bari:

Secara faktanya, dua arah ini “atas” dan “bawah” adalah tidak berlaku dan mustahil bagi Allah (swt) dan juga tidak menghalang-Nya daripada menyatakan akan sifat-sifat-Nya yang Tinggi (‘uluw), penerangan seperti itu merupakan sebuah titik tetap dalam makna ketinggian, bukannya persepsi deria. [9]

Al-Kirmani mengatakan: “Makna zahir bagi kata-kata: “Dialah yang berada di langit” (man fi al-sama’) bukanlah bermakna [Dia benar-benar berada di langit]. Allah (swt) terasing daripada apa yang disamakan-Nya dengan makhluk atau tempat. Bagaimanapun, oleh kerana arah ‘atas’ adalah lebih mulia daripada arah yang lainnya, Allah (swt) telah dikaitkan dengan itu untuk menunjukkan keagungan Diri-Nya dan Sifat-Sifat.” Dia menunjukkan ekspresi lain bagi ketinggian dengan cara yang sama. [10]

  • Ibn al-Hammam al-Hanafi (w. 681) mengatakan dalam kitabnya al-Musayara, sebuah komentari kepada rukun kepercayaan Imam Al-Ghazali:

Tujuh asas kepercayaan dalam Islam ialah Allah tidak disifatkan dengan arah, kerana arah — atas, bawah, kanan, dll. — adalah diciptakan dengan makhluk … dan sekiranya, dengan “arah” selainnya diertikan , yang mana tidak berkaitan dengan sempadan persamaan Tuhan dengan makhluk atau manifestasi Tuhan dengan makhluk, biarkan ia menjadi jelas (iaitu keagungan darjat, bukan ruang), maka bolehlah perkara itu diperiksa samada benar-benar berpihak kepada kesucian Tuhan daripada disamakan dengan makhluk, dan sekiranya perkara itu disalah ertikan atau selain itu, maka perlulah ditunjukkan akan kerosakannya. [11]

  • Imam al-Yafi’i (w. 768) dalam penutup kitabnya, Kitab Marham al-‘Ilal al-Mu’dila menumpukan kesuluran bab itu hanya untuk menyangkal golongan anthropomorhist. Tajuk bab tersebut ialah: Bayan al-Istidlal ‘ala nafi al-Jiha wa al-Jismiyya wa Batalan Madhhab man Qala Bihima min al-Karramiyya wa al-Hashwiyya wa Muta’akhkhiri al-Hanbaliyya (Suatu bukti pendedahan atas dasar penafian arah dan manifestasi Tuhan kepada makhluk dan tidak sahnya ajaran yang menegaskan hal itu di kalangan golongan Karramiyya dan Hashwiyya dan golongan mazhab Hambali mutaakhirin). Ia dimulakan dengan perkataan:

Imam dan guru yang sebenar daripada kalangan ulamak kalam, Imam al-Haramayn berkata: “Mazhab Orang-Orang yang Benar (Ahl al-Sunna) adalah sama sekali sebulat suara dalam persoalan Maha Suci Allah (swt) mengatasi segala sempadan dan mengatasi segala sifat-sifat yang dikaitkan dengan arah. Golongan Karramiyya dan sebahagian golongan Hashwiyya mengatakan bahawa Dia (Allah) adalah terikat dan bahawa Dia (Allah) disifatkan dengan dikaitkan arah ketinggian… dan setiap daripada dua arah ini sama sekali mendakwa bahawa Allah (swt) mempunyai dimensi atau Dia mempunyai anggota, dan ini merupakan kekufuran yang nyata.” … Saya menukilkan ini daripada kitabnya, al-Irshad. [12]

  • Abu Bakr Ibn al-‘Arabi al-Maliki (w. 543) melabelkan mereka yang mengatakan Allah terikat dengan arah sebagai “pengikut Firaun” dalam kitabnya, ‘Aridat al-Ahwadhi:

Kesimpulan anda telah menunjukkan bahawa anda benar-benar adalah pengikut Fir’aun, yang mana mempercayai bahawa Sang Pencipta berada di sesuatu arah, dan dia berkeinginan untuk memanjat menuju kepada-Nya menggunakan tangga. Dia (Fir’aun) akan mengucapkan tahniah kepada anda kerana termasuk dalam golongannya, dan dia adalah Imam anda! [13]

  • Meskipun Ibn Hazm al-Zahiri (w. 456), musuh utama Ash’ari dan ajaran Ash’ari, berkata dalam kitab al-Fasl fi al-Milal:

Dengan apa cara sekalipun Allah (swt) tidak berada dalam sebuah tempat atau waktu. Ini adalah keperibadian majoriti daripada ramai ulamak (al-Jumhur) dan keperibadian kami sendiri, dan selain daripada ini adalah tidak diterima, apa-apa yang selain daripada ini adalah salah. [14]

_____________________________________________________________

[1] Ibn Hajar, Fath al-bari 13:357; Cf. 3:23, 6:102, 13:309, 328, 351, 354, 355, 357, 366, 369-370, 414.

[2] Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir 1:192.

[3] al-Ash`ari, al-Ibana `an usul al-diyana, ed. Fawqiyya Husayn Mahmud (Cairo: dar al-Ansar, 1977), p. 21.

[4] Shahrastani, al-Milal wa al-nihal as translated by A.K. Kazi and J.G. Flynn, Muslim Sects and Divisions (London: Kegan Paul International, 1984) p. 85.

[5] al-Qari, Sharh `ayn al-`ilm wa zayn al-hilm 1:34; Sharh al-fiqh al-akbar (Beirut: dar al-kutub al-`ilmiyya, 1404/1984) p. 57; al-Mirqat, cited by Kawthari, Maqalat p. 321, 362.

[6] al-`Izz ibn `Abd al-Salam, Fatawa p. 151, 153.

[7] al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-i`tiqad (Beirut: dar al-kutub al-`ilmiyya, 1409/1988) p. 48.

[8] Ibn al-Jawzi, Daf` shubah al-tashbih p. 131, 135, 260.

[9] Ibn Hajar, Fath al-bari 6:136 (Jihad).

[10] Ibid. 13:412.

[11] Ibn al-Hammam, al-Musayara p. 16-17.

[12] al-Yafi`i, Marham al-`ilal al-mu`dila, ed. E. Denison Ross (Calcutta: Asiatic Society of Bengal, 1910) p. 244, 246.

[13] Abu Bakr Ibn al-`Arabi, `Aridat al-ahwadhi 2:235.

[14] Ibn Hazm, al-Fasl fi al-milal wa al-ahwa’ wa al-nihal 2:125.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s